Latest News

Perkongsian Info : Kaitan Penyakit Asma Dengan Alahan Pemakanan

Posted by Zuraida Sunday, January 11, 2009, under | 0 comments
Semua jenis makanan mempunyai potensi untuk menyebabkan alahan tetapi kebanyakan kes alahan hanya membabitkan beberapa bahan sahaja. Biasanya, seseorang yang mengalami alahan hanya akan bertindakbalas terhadap makanan tertentu sahaja.

Secara amnya, makanan juga boleh menjadi faktor sumbangan terbesar serangan penyakit asma walaupun ia bukanlah penyebab utama serangan asma ini.

Faktor-faktor lain seperti keturunan, komplikasi, persekitaran, dan bahan toksik dan udara juga memungkinkan seseorang itu menghidap penyakit asma.

Keturunan
Ia merupakan penyakit genetik di mana saluran pernafasan penghidap menjadi sensitif dengan alahan tertentu termasuklah habuk, debunga, bulu haiwan peliharaan, asap rokok, bahan-bahan kimia seperti cat, gam dan sebagainya. Dianggarkan sebanyak 80 peratus penghidap asma mengalami masalah sinusitis (resdung) dan alahan pada makanan. Mereka juga mudah terkena penyakit kulit.

Komplikasi
Asma yang tidak dirawat boleh mengakibatkan paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berkembang dengan baik. Jika ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan paru-paru anda kehilangan fungsinya.

Persekitaran
Alahan pada habuk, serangga mati, bulu serta bakteria turut menjadi penyebab masalah asma. Alahan pada binatang peliharaan seperti kucing, anjing dan arnab juga menjadi punca asma. Alahan terjadi dari sejenis protein yang dikeluarkan bersama air liur. Jilatan binatang ini menyebabkan air liur dan protein berkenaan melekat pada bulu. Bulu dan daki dari kuping kulit kering ini seterusnya jadi ringan dan berterbangan di udara ketika binatang ini menggaru atau menggoyang-goyangkan badan terutama pada anjing dan kucing.

Bahan toksik dan udara
Bahan-bahan toksik lain seperti asap rokok, pewangi, cat, bahan kimia rumah seperti pencuci lantai dan ubat nyamuk lingkar juga mendorong serangan asma. Tidak kurang juga keadaan sejuk seperti pendingin hawa, kipas angin, udara sejuk di pergunungan, debunga dan perubahan cuaca yang mendadak.

Rawatan asma dengan produk DCL

Posted by Zuraida , under | 0 comments
maklumat dari mydcl....

apa yang dapat saya sarankan ialah amalkan pengambilan oxy sebotol sehari, nigella dan juga madu amazing.

oir oxy akan membekal lebih oksigen pada badan. tak yah la nak sedut inhaler atau gi sedut oksigen kat hospital atau klinik masa asma. kiranya amalkan lebih elok. dan kalau masa kena attack oxy dikatakan jalan terpantas. bila kena asma, saluran2 nafas akan menyempit menyebabkan oksigen kurang dalam badan. tu yang kalau teruk, muka bibir semua leh jadi kebiruan.

amazing akan membantu menguatkan antibodi badan terhadap sebarang alahan.
nigella akan membantu membunuh kuman yang bersarang di saluran pernafasan atau paru-paru. bila kena asma, biasanya kahak akan penuh. bila kahak penuh, mcm2 kuman ada.

jadi, ketiga-tiga produk ni memang perlu diamalkan.

antara healing crisis yang mungkin dihidapi adalah, kemungkinan demam, hingus banyak (datangnya dari kahak) walaupun tidak bersin dan selsema. hingus pekat berwarna kekuningan.

apa yang kita patut buat, teruskan pengambilan sehingga ok. beberapa tahun lepas saya kena asma dalam bulan puasa. itu first time saya ambik produk dcl sebab sebelum tu kena asma tapi tak kenal lagi produk dcl. 2 minggu puasa sehingga seminggu raya kena healing crisis yang teruk.

alhamdulillah, rasanya dah lama gak tak kena.

satu lagi produk yang boleh di ambil adalah red guara cafe. guarana akan melembutkan saluran2 dan saraf2 yang akan menyebabkan lebih banyak oksigen dan darah akan masuk dengan lancar.

Apakah Penyakit Tibi?

Posted by Zuraida Saturday, January 10, 2009, under | 1 comments

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. La disebabkan oleh kuman mycobacterium bacillus yang diternui oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwama merah, halus dan hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.
Dianggarkan 90 peratus daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Walau bagaimanapun, melalui peredaran darah, iajuga boleh merosakkan bahagian lain tubuh badan manusia seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan lain-lain.
Bagaimanakah tibi merebak?
Apabila pesakit tibi pulmonari aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus.
Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-apung itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.
Apakah gejala-gejala tibi?
• Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
• Kahak berdarah
• Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
• Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
• Hilang selera makan
• Berat badan menyusut
• Mudah letih dan lemah badan.
Langkah pencegahan tibi
• Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
• Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
• BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
• Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
• Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan.
Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan
• Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
• Pembawa HIV
• Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
• Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
• Warga tua.
Baqaimanakah caranya mendiagnos tibi?
• Jika mengalami batuk berpanjangan, anda hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma.
• Pemeriksaan sinaran X dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru anda.

perawatan tibi melalui dcl

Posted by Zuraida , under | 0 comments
  • penyakit tibi adalah berpunca daripada bakteria. Kalau sebut bakteria, boleh bagi nigella...nk best lagi, nigella modifeid...
    nak cantik lagi..kiter beri set asas 5P, nigella dan dbless
  • berikan nigella. biar dose lebih sket. 10 titik 3-4 kali sehari.
  • amalkan amazing

Mengapa perlu memahami DEMAM

Posted by Zuraida , under | 0 comments
DEMAM
Apakah yang dimaksudkan dengan demam?
Hampir semua individu akan mengalami demam semasa hayat mereka dan ia merupakan masalah yang sangat biasa dialami semua orang terutama kanak-kanak.
Demam adalah satu gejala dan bukannya penyakit. Ia ditunjukkan sebagai suhu badan yang meningkat luar biasa tinggi. Ia merupakan tanda meningkatnya nilai sasaran termoregulator (pengawalan suhu) badan. Sebenarnya ia adalah salah satu cara badan anda melawan penyakit.
Apakah suhu badan yang normal dan abnormal (luar biasa)?
Purata suhu badan yang normal ialah 36.7 0C (julat 36-37.4 0C). Suhu normal di bahagian rektum atau faraj ialah 0.5-1.0 0C lebih tinggi daripada suhu oral (di dalam mulut). Manakala suhu normal ketiak adalah lebih rendah 0.5-1.0 0C berbanding suhu oral. Suhu rektum pula adalah lebih tepat jika dibandingkan dengan suhu oral.
Oleh itu, demam secara amnya merujuk kepada suhu oral melebihi 37.8 0C, suhu rektum melebihi 38.3 0C atau suhu ketiak yang lebih tinggi daripada 37 0C.
Bagaimanapun, suhu badan yang normal berbeza-beza mengikut umur individu, tekanan fizikal dan emosi yang dihadapi, suhu persekitaran, waktu dan bahagian anatomi tempat suhu diambil.

Mengapa perlu memahami demam?
Kita sepatutnya mengambil berat mengenai gejala demam ini kerana ia boleh memberi maklumat penting tentang perubahan status klinikal pesakit dan kehadiran sesuatu penyakit terutamanya jangkitan kuman. Walau bagaimanapun, darjah peningkatan suhu tidak semestinya menggambarkan keterukan sesuatu penyakit.
Secara amnya, demam sebagai tindak balas kepada sesuatu keadaan/penyakit adalah lebih ketara berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Ia juga lebih merisaukan apabila berlaku di kalangan kanak-kanak.
Apabila suhu meningkat lebih daripada 40 0C, rawatan gejala mungkin perlu dilakukan terutama jika ianya berpanjangan. Tetapi jika suhu melebihi 41 0C, demam yang dialami boleh dianggap sebagai kes kecemasan perubatan.
Bagaimana suhu disukat?
Sesiapa sahaja boleh menyukat suhu dengan menggunakan termometer yang bersesuaian. Semasa sakit, termometer yang sama patut digunakan kerana ketepatan termometer berbeza-beza mengikut jenisnya. Termometer kaca mengandungi merkuri dan termometer elektronik biasa digunakan untuk menyukat suhu. Termometer kaca perlu dibasmi kuman setiap kali sebelum digunakan. Penggunaan penutup pakai buang pada termometer menyingkirkan keperluannya untuk di basmi kuman selepas digunakan. Termometer oral dan rektum tidak sepatutnya digunakan silih berganti.
Untuk memastikan bacaan yang tepat, individu tidak seharusnya terlibat dalam aktiviti fisikal yang kuat, memanaskan atau menyejukkan ruang mulut dengan merokok atau meminum minuman panas atau sejuk sekurang-kurangnya 5 -20 minit sebelum suhu badan diambil.
Sebelum menggunakan termometer kaca, kalibrasi perlu dilakukan dengan memutarkannya separas dengan mata untuk memastikan bacaan suhu yang ditunjukkan pada termometer berada di bawah 35.5 0C. Jika bacaan melebihi paras ini, goncang termometer dengan cepat sehingga paras merkuri turun di bawah paras 35.5 0C. Kemudian letakkan termometer di bawah lidah iaitu dengan menyengetkannya sedikit ke bahagian tepi mulut dan biarkan selama 2-4 minit.
Apakah penyebab demam yang utama?
Demam boleh merupakan gejala kepada:
  • Jangkitan bakteria, virus, rikettsiae, fungus, parasit.
  • Penyakit autoimun: Contohnya demam reumatik vaskulitis, artritis reumatoid dewasa, eritematosus lupus sistemik (SLE - systemic lupus erythematosus) .
  • Penyakit sistem saraf pusat: Contohnya kecederaan kepala, kecederaan tulang belakang dan pendarahan serebrum (bahagian otak utama).
  • Penyakit neoplastik malignan seperti metastasis tumor ke hati, neoplasma primer (contoh: kolon dan rektum, hati, buah pinggang).
  • Penyakit dalam darah seperti limfoma, leukemia, anemia hemolisis.
  • Penyakit kardiovaskular seperti jangkitan miokardium, embolisme pulmonari.
  • Penyakit gastrousus seperti hati bernanah/inflamasi, hepatitis alkoholik, penyakit keradangan usus.
  • Penyakit endokrin seperti hipertiroidisme, feokromositoma.
  • Penyakit yang disebabkan oleh agen kimia seperti tindak balas ubat (Quinidine, Nifedipine, Penisilin-G, Ampisilin, Vancomycin, Bleomycin, Carbamazepine) dan hipertermia malignan disebabkan pembiusan.
  • Penyakit-penyakit lain seperti kecederaan pada tisu, hematoma, demam Mediterranean keluarga.
Pengurusan sendiri
  • Anda dinasihatkan supaya meminum banyak air, terutama air kosong untuk menggantikan cecair dan elektrolit yang telah hilang. Awasi tanda-tanda dehidrasi yang mungkin berlaku.
  • Catatkan bacaan suhu setiap 2 jam dan jika perlu catatkan setiap kali berlaku perubahan gejala. Kekerapan menyukat suhu mungkin tidak disukai oleh kanak-kanak tetapi perubahan tingkah laku dan keluhan mereka boleh menjadi panduan untuk memberi ubat.
  • Bagi demam yang menyebabkan ketidakselesaan, lapkan badan dengan air suam dan ambil parasetamol atau ubat antipiretik lain. Jangan memberi aspirin kepada kanak-kanak atau remaja yang berumur di bawah 20 tahun.
Berjumpalah doktor sekiranya... .
  • Demam melebihi 40 0C yang tidak surut walaupun selepas 2 jam rawatan diberikan di rumah.
  • Demam yang berterusan: Banyak penyakit yang berpunca dari virus seperti selsema menyebabkan demam dengan suhu setinggi 39 0C atau lebih untuk jangka waktu yang singkat (12-24 jam).
  • Demam disertai dengan tanda-tanda jangkitan bakteria yang lain.
  • Demam yang dikaitkan dengan gejala yang mengganggu atau sukar dijelaskan.
Secara amnya, demam merupakan gangguan yang tidak berjangkit dan tidak merbahaya. Maka tujuan utama rawatan ialah untuk mengurangkan/ melegakan ketidakselesaan yang dirasai. Dengan itu pendekatan sederhana bagi rawatan antipiretik (mengurang atau melegakan demam) adalah disyorkan. Secara amnya, ubat asetaminofen atau parasetamol merupakan agen antipiretik pilihan. Namun ubat-ubat ini perlu gunakan dengan berhati-hati untuk memperolehi kesan antipiretik yang maksimum dan mengelakkan sebarang kesilapan tidak sengaja dari berlaku seperti dos berlebihan dan keracunan.

siri kesihatan dan rawatan - ghout

Posted by Zuraida , under | 0 comments
SEMAKIN besar saiz badan kita, semakin tinggi risiko
untuk mengalami masalah kehausan dan kerosakan sendi
kaki, terutama di lutut, yang akhirnya boleh
menyukarkan kita berjalan.

Sebenarnya, sakit sendi bukan perkara normal, terutama
di kalangan orang tua.

Malangnya dalam tinjauan serantau ke atas 600 orang
pada 2005 mendapati, hampir 70 peratus responden
berpendapat sakit sendi tidak dapat dielakkan dan
percaya ia sebahagian daripada proses penuaan.

Pendapat ini kurang tepat. Memang sebagaimana anggota
badan lain, sendi mengalami masalah kehausan dengan
peningkatan usia, tetapi perkara ini dapat dilengahkan
melalui pemakanan dan gaya hidup.

Penyelidik Universiti Cardiff yang diketuai Profesor
Bruce Caterson mendapati, pengambilan sumber makanan
kaya asid lemak Omega-3 seperti minyak hati ikan kod
dapat mengurangkan bengkak dan melambatkan kemusnahan
rawan dalam sendi ? yang disahkan boleh membantu
meredakan gejala sakit sendi atau artritis.

Dalam soal penjagaan kesihatan, tiada had umur yang
menjadi batasan. Tidak kira berapa umur kita, tiada
istilah terlambat untuk mula menyayangi diri dengan
menitikberatkan soal kesihatan.

Artritis ialah keadaan sendi yang bengkak, kejang dan
sakit. Sendi juga mungkin berasa panas dan menjadi
merah. Ia boleh berlaku sekali sekala atau
berpanjangan (bagi kes serius).

Masalah sakit sendi atau artritis sebenarnya semakin
meningkat. Soal selidik pada Ogos tahun lalu
menunjukkan, 23 peratus masyarakat negara ini
menghidap sakit sendi dalam 12 bulan lalu dan 35
peratus daripada mereka mengakui kesakitan itu memberi
kesan negatif terhadap gaya hidup.

Presiden Yayasan Artritis Malaysia (AFM) yang juga
perunding reumatologi, Dr Chow Sook Khuan, berkata
masih ramai menganggap sakit sendi sebagai perkara
biasa dan masalah ringan.

Masalah ini bukan melanda masyarakat kita saja,
laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1998
mengatakan, hampir 355 juta orang di seluruh dunia
turut mengalami gejala sakit sendi dan jumlah ini
dipercayai melebihi 400 juta sekarang.

?Sakit sendi tidak boleh dianggap perkara ringan
kerana jika tidak dirawat ia menyebabkan sendi
mengalami kekejangan. Jika keadaan ini dibiarkan
berterusan, ia boleh mengakibatkan sendi bengkok dan
mengubah struktur asal anggota badan kita.

?Ia juga secara tidak langsung menyebabkan anggota
berkenaan ?lumpuh? kerana sendi berubah bentuk dan
kerosakan ini adalah kekal,? katanya pada pelancaran
kempen Sayangi Sendi Anda anjuran bersama AFM dan
Merck Consumer Health Care yang turut dihadiri
Pengurus Besarnya, Siti Nooruhani Ibrahim.

Bagi meningkatkan kesederan kepentingan penjagaan
sendi, tiga personaliti sukan ? Anthoney Maloney
(pengajar golf), Kathryn Kok (pengajar pusat
kesihatan) dan pemain bowling kebangsaan, Zulmazran
Zulkifli ? dilantik sebagai duta yang akan berkongsi
pengalaman mengenai kecederaan sendi dialami individu
aktif sukan.

Dr Chow berkata, jumlah orang yang menderita sakit
sendi di negara ini lebih tinggi daripada dijangkakan
dan kajian Program Mengawal Penyakit Reumatik Komuniti
(Copcord) pada 1995 menunjukkan, ramai responden
dewasa mengadu mengalami sakit sendi seperti sakit
belakang dan lutut.

Berdasarkan kajian di Pusat Perubatan Universiti
Malaya (1999), 10 peratus pesakit yang datang ke
klinik mengalami masalah sakit sendi dan lebih
membimbangkan ialah 45 peratus membabitkan pekerja
kolar biru berumur muda.

Malah, soal selidik dijalankan Merck Comsumer Health
Care tahun lalu mendapati, hampir 25 peratus rakyat
negara ini mengalami sakit sendi.

Artritis boleh dibahagikan kepada tiga iaitu
osteoartritis (OA), gout dan reumatoid artritis (RA).
Di antara ketiga-tiga ini, OA yang berpunca daripada
masalah kartilaj adalah sakit sendi paling biasa.

Antara faktor risiko OA ialah peningkatan umur dan
pertambahan berat badan. Malah, OA juga berkait rapat
dengan masalah obesiti. Individu obes mempunyai risiko
lebih tinggi dan cepat untuk mengalami masalah sakit
sendi kerana kartilaj diberikan bebanan berlebihan
sepanjang masa.

Malah kebanyakan kes rawatan penggantian sendi juga
disebabkan oleh OA. Bagaimanapun, OA juga boleh
berlaku pada sendi tangan dan tulang belakang.

Jenis kedua ialah gout. Serangan gout pula biasanya
bersifat bermusim. Ia berpunca daripada pengumpulan
kristal asid urik pada sendi yang menyebabkan
kesakitan. Masalah gout juga tidak harus dibiarkan
tanpa rawatan kerana lama kelamaan ia boleh ?memakan?
tulang.

Pengambilan alkohol berlebihan akan meningkatkan
risiko mendapat gout. Individu yang menghidap gout
dinasihatkan sentiasa mengawal berat badan (khususnya
bagi orang obes) kerana berat badan berlebihan hanya
memburukkan keadaan.

Jenis ketiga ialah reumatoid artritis. Tidak seperti
OA dan gout, RA ialah penyakit autoimun yang berlaku
pada sinovium. Ia menyebabkan sel pada sendi bertambah
dengan cepat dan menyebabkan bengkak. Tanpa rawatan,
sel tidak normal ini mengubah bentuk dan memusnahkan
sendi. Ini menyebabkan pesakit langsung tidak boleh
berjalan.

Jika anda mengalami masalah sakit sendi, usah terlalu
risau kerana ia boleh dirawat. Namun langkah paling
baik ialah pencegahan melalui:

a. Pencegahan primer

Mengurangkan berat badan (paling penting), terutama
bagi individu yang ada sejarah gout dalam keluarga.

Elak kerosakan struktur sendi (biasanya berlaku
kecederaan ketika bersukan).

Kurangkan pengambilan alkohol.

Lakukan senaman untuk menguatkan sendi.

b. Pencegahan sekunder

Segera jalani pemeriksaan sebaik mengalami masalah
sakit sendi.

Dapatkan rawatan yang betul secepat mungkin bagi
mengelakkan untuk cegah kerosakan sendi.

Soalnya, bila perlu jumpa doktor? Kata Dr Chow,
pesakit perlu menjalani pemeriksaan apabila kesakitan
sendi menjadi semakin kerap (setiap hari) dan
berlanjutan melebihi 30 minit. Pada masa sama sendi
juga menjadi merah, panas, bengkak dan kejang.

Jangan tunggu hingga saat akhir untuk berjumpa doktor.
Segera dapatkan rawatan sebelum artritis memusnahkan
sendi dan menjejaskan hidup kita.

RAWATAN GOUT-produk DCL

Posted by Zuraida , under | 0 comments
qoedah 1, mulakan dgn set 5P. teruskan dengan RGC
+ Amazing + oxy sehingga pulih.

qoedah 2, amalkan rgc secara berterusan. walaupun
lambat, tetapi berkesan. elok ditambah oxy atau
amazing utk membantu membuang asid dlm darah melalui
buah pinggang dan air kencing.

qoedah 3, RGC 2 kali sehari + oxy 2 kali sehari +
amazing 3 kali sehari. amalkan secara berterusan.

qoedah 4, amalkan seperti di atas. selepas habis
amazing sebotol, amik dbless.

qoedah 5, amalkan spt 3 di atas. tambahkan ryilex.

qoedah 6, utk ghout yg teruk, sebaiknya buat bekam
di kaki utk membuang darah kotor dan asid yg mendap
di kaki. selepas itu barulah amalkan mana-mana
qoedah di atas.

qoedah 7, amalkan oxy 2-3 botol sehari. pesakit
akan merasa sakit berdenyut di kaki di peringkat awal pengambilan.

Testimoni Gout

Posted by Zuraida , under | 0 comments
Testimoni 2
Nama : najib bin pandak kassim (101257)
Lokasi : Kualan Kangsar, Perak
Masalah : Sakit Ghout yang serius, kaki membengkak dan amat sakit, tidak boleh berjalan dan hanya terlantar di katil.
Produk diambil : Kopi guarana merah
Kesan : Pada mulanya en Akmal menawarkan set 5P produk DCL sebagai rawatan untuk penyakit ghout saya. Oleh kerana harganya yang terlalu tinggi, saya tidak mampu dan hanya mengambil RGC sebagai menjaga hati tetamu datang dari jauh bersusah payah.
Kaki saya memang sangat sakit. Selepas minum RGC lama kelamaan saya perasan sakit di kaki berkurangan. Walaupun masih sakit, pengurangan yang sedikit pun memberikan rahmat yang amat bernilai bagi saya. Saya teruskan pengambilan RGC sampai habis sekotak. Bila dah habis saya jadi rindu rinduan dengan RGC. Minum kopi lain dah tak sedap. Saya suruh anak saya order lagi RGC dan saya terus jadikan minuman harian 3 ke 4 kali sehari.
Alhamdulillah, ghout saya semakin pulih setiap hari.
Selepas saya amalkan RGC sebanyak 8 kotak, saya sudah bebas dari ghout. Saya sudah boleh bergerak dengan bebas. Malahan saya sudah boleh menikmati seafood dan tomyam.

KURANG ENZIM G6PD( BERKONGSI PENGETAHUAN DAN INFORMASI)

Posted by Zuraida Friday, January 9, 2009, under | 0 comments
copy paste dari mydcl...
sEdAkaR rENUNgaN....

Kekurangan glukos-6-fosfatase dehidrogenase atau G6PD? Penyakit apa itu? Tidak pernah dengar pun! Ini adalah komen yang sering diterima daripada ibu bapa setiap kali doktor atau pakar kanak2 menyebut perkataan kompleks itu.

G6PD ialah enzim dalam sel darah merah. Kekurangannya menyebabkan sel darah merah cepat pecah dan keadaan ini dipanggil anemia hemolitik (kiraan sel darah merah yang rendah dan tidak normal)

Masalah kekurangan enzim G6PD lebih lazim pada sesetengah bangsa dan insiden paling tinggi dilaporkan di negara tropika Afrika, Timur Tengah, Asia (Tropika dan subtropika) dan sesetengah tempat di Mediterranean.

Ia adalah masalah keturunan yang diwariskan melalui bahan baka seks atau kromosom X. Untuk pengetahuan semua, perempuan mempunyai kromosom XX dan lelaki pula XY. Oleh kerana masalah ini diwariskan melalui kromosom X, lebih ramai lelaki mengalami kekurangan G6PD berbanding perempuan kerana lelaki hanya ada satu kromosom X.

Bagaimanapun, wanita pembawa G6PD juga boleh mengalami serangan kemusnahan sel darah merah(hemolisis) . Kemusnahan sel darah merah boleh berlaku apabila individu G6PD terdedah kepada sesetengah jenis ubat, mengalami tekanan atau jangkitan.

Di seluruh dunia,kekurangan G6PD dialami kira2 400 juta orang.Seperti diterangkan, ia adalah masalah keturunan. Jadi ia kekal sepanjang hayat dan tidak boleh berjangkit melalui sentuhan.Justeru itu anda tidak perlu berasa takut atau bimbang untuk membenarkan anak anda berkawan dgn kanak2 G6PD.

Kebanyakan kes G6PD tiada gejala klinikal. Namun bagi sesetengah pesakit, terutama bayi baru lahir (kurang daripada empat minggu), mereka boleh mengalami jaundis neonatal dan anemia hemolitik akut (kemusnahan sel darah merah berlaku secara tiba2).

jaundis neonatal biasanya berlaku pd bayi berusia antara satu hingga empat hari,pada masa sama atau awal sedikit berbanding jaundis atau demam kuning fisiologi. Manakala anemia hemolotik akut pula biasanya diakibatkan faktor tekanan,terdedah kepada ubat oksidatif,bahan kimia.jangkitan atau memakan kacang buncis.

Gejala umum yg biasa dilaporkan ialah air kencing berwarna gelap,limpa bengkak,letih, pucat,degupan jantung menjadi cepat,tercungap- cungap dan kulit berwarna kuninh (jaundis).

Pesakit yg mengalami jaundis neonatal biasanya memerlukan pemindahan darah. Dalam keadaan teruk, pesakit mungkin mengalami masalah batu hempedu dan limpa bengkak.
Antara ubat yg boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah ialah;
a) ubat anti malaria
b) Aspirin
c) Ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs)
d) Kuinin
e) Sesetengah jenis antibiotik

Ujian Makmal
Biasanya ujian dilakukan utk menentukan aktiviti enzim G6PD dan bukan jumlah protien G-6-PD. Ujian ini dijalankan ketika sel darah merah mengalami kemusnahan atau penambahan sel darah merah yang tidak matang (retikulositosis) boleh menjejaskan keputusan sebenar. Kiraan sel darah merah yang tidak matang (retikulosit) bertujuan menentukan tahap anemia dan fungsi sumsum tulang.

Pencegahan dan rawatan
Ibu bapa yg mempunyai anak dgn masalah G6PD atau individu G6PD perlu sentiasa berhati-hati sebelum mengambil sebarang ubat. Periksa lebih dulu kandungan ubat bagi mengelak masalah tidak diingini.
Secara umumnya pesakit tidak memerlukan rawatan,kecuali dalam kes tertentu. Bayi yang mengalami jaundis neonatal berpanjangan akan diletakkan bi bawah cahaya bili untuk mengurangkan kekuningan.
Pemindahan darah juga mungkin perlu dilakukan bagi kes jaundis neonatal yang serius atau kemusnahan sel darah merah akibat memakan kacang buncis.
Sentiasa periksa dan baca label ubat yg anda beli tanpa preskripsi doktor. Jika ragu, bawa ubat berkenaan apabila anda berjumpa doktor utk mengesahkan sama ada ia selamat dimakan atau sebaliknya.

Peringatan Penting.
G6PD adalah masalah kesihatan yang diwarisi dan tidak boleh berjangkit atau merebak kepada orang lain. Jadi tiada halangan untuk anak anda berkawan dan bermain dgn kanak2 G6PD.

Kebanyakan orang yg mengalami kekurangan G6PD boleh menjalani kehidupan normal seperti org lainselagi mereka mengelak mengambil sesetengah ubat dan makanan.

Penentuan tahap enzim G6PD boleh dilakukan di kebanyakan klinik swasta dan semua hospital kerajaan. Keputusannya akan ditulis sebagai: G6PD - Normal atau Kekurangan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya suka quote posting ini & kaitkan dengan ilmu rawatan produk DCL --

"""Kebanyakan kes G6PD tiada gejala klinikal. Namun bagi sesetengah pesakit, terutama bayi baru lahir (kurang daripada empat minggu), mereka boleh mengalami
jaundis neonatal dan anemia hemolitik akut (kemusnahan sel darah merah berlaku secara tiba2).
jaundis neonatal biasanya berlaku pd bayi berusia antara satu hingga empat hari,pada masa sama atau awal sedikit berbanding jaundis atau demam kuning fisiologi. Manakala anemia hemolotik akut p ula biasanya diakibatkan faktor tekanan,terdedah kepada ubat oksidatif,bahan kimia.jangkitan atau memakan kacang buncis.


Gejala umum yg biasa dilaporkan ialah air kencing berwarna gelap,limpa bengkak,letih, pucat,degupan jantung menjadi cepat,tercungap- cungap dan kulit berwarna kuninh (jaundis).

Pesakit yg mengalami jaundis neonatal biasanya memerlukan pemindahan darah. Dalam keadaan teruk, pesakit mungkin mengalami masalah batu hempedu dan limpa bengkak."""
------------------------------------------------------------------------------------------

*Maka tidak hairanlah sekiranya ibu2 mengandung di galakkan mengambil set semasa hamil.

Haa...xtau set semasa hamil ??
Ni haaa...ingat2 : Madu Amazing & DBrain/Ebrain

Bagus nya sebab sorang jer makan -- si ibu, tapi anak dalam kandungan turut menerima khasiat untuk dirinya.


Kalau ibu mengandung amik amazing & dbrain/ebrain untuk
mengatasi morning/afternoon/evening/night sickness & membekalkan tenaga (off course ler korg yg ngandung penat berganda2 esp. yg alahan teruk), menguatkan antibody dan menstabilkan darah supaya tak detect kencing manis dan darah tinggi semasa buat pemeriksaan----tempias nya pergi/dapat ke anak...

Insya allah, risiko anak untuk dapat jaundis kurang. Pengalaman illaikhram (citer pengalaman org jerk dulu laa yer part ni) dalam mengamalkan both of this product masa kandungan 5-6 bulan gitu, memang kuning tu ada...tp light jerk..xkene warded pun..& boleh balik terus. Kulit baby pun lebih cantik & bersih.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
set semasa hamil

set semasa hamil = amazing + dbrain/ebrain

cara pengambilan amazing sekali sehari. setiap pagi atau malam. 1 sudu makan sudah memadai. bila demam kena amik lebih.

dbrain/ebrain 2 biji di kemam 2 kali sehari.

3 botol amazing dan sebotol ebrain boleh tahan sebulan.

siri kesihatan dan rawatan - demam chikungunya

Posted by Zuraida , under | 0 comments
copy paste dari mydcl...

salam ceria,

info chikungunya di sini http://blog.moh.gov.my/?p=175

ayah saya telah dijangkiti demam ini bulan lepas. malahan ramai penduduk kg yg kena. ayah saya amalkan amazing setiap pagi dan malam. dan meminum oxy. alhamdulillah penyakit reda dlm tempoh seminggu. berbanding jiran2 lain demam melebihi 2 minggu. ada yg demam sehingga sebulan.

mengikut qoedah dcl, utk merawat chikungunya perlu amalkan amazing 2-3 kali sehari, nigella 10 titik 3-4 kali sehari dan oxy dijadikan minuman harian.

jika ada ahli keluarga yg dijangkiti chikungunya, ada eloknya seisi keluarga mengambil nigella 5 titik 2 kali sehari dan amazing sekurang-kurangnya sekali di sebelah malam sebagai langkah pencegahan.

nigella dan amazing perlu ada dlm setiap rumah.

Tanda-tanda

pesakit akan merasai sakit sendi dan boleh mengakibatkan ala-ala lumpuh sementara sbb sukar bergerak...

tanda-tanda penyakit ini adalah seperti demam
mengejut dan berlarutan, ruam, artritis serta lenguh di bahagian sendi (sakit sendi teruk hingga bengkak dan kemerahan), pening kepala, kurang selera makan, rasa mual, kemerahan pada mata dan sakit perut.

siri kesihatan dan rawatan - buah pinggang

Posted by Zuraida , under | 0 comments
salam,

buah pinggang berbentuk seperti kacang berfungsi utk menapis darah, memisahkan kekotoran dialirkan bersama air kencing ke pundi kecing.

info apa itu buah pinggang,
1. http://www.geocities.com/alam_penyakit/PenyakitBuahPinggang.htm

2. http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/ginjal.htm

3. http://www.fskb.ukm.my/infodiet/TUGASAN1/PENGENALAN.htm

dan ada banyak lagi. anda boleh buat carian di internet.

apa akan jadi jika buah pinggang gagal berfungsi. gagal utk menapis darah kita?

sudah tentu darah akan jadi kotor dan seluruh badan akan penuh dengan bahan kotoran. ibarat tangki akuarium ikan kita, jika rosak motor penapis air, air akan jadi keruh.

bila darah dah kotor, bermacam penyakit akan datang. dan yg lebih parah lagi jika perlu buat cucian darah atau hemodialisis. kosnya amat tinggi. oleh itu sangat penting utk kita menjaga buah pinggang kita. macam mana nak jaga?

caranya, kita kena cuci buah pinggang selalu. atau setiap bulan. macam mana nak cuci?

1. kita boleh cuci menggunakan madu amazing. amalkan madu amazing 2 sudu pagi dan 2 sudu petang. atau

2. kita juga boleh cuci dengan menggunakan air oxy. amalkan air oxy setiap pagi.

mencegah lebih baik dari merawat. elakan minuman bergas, atau minuman/makanan berasid tinggi.
Create your own banner at mybannermaker.com!

JOM CONTACT SAYA (email/ym : zura0310@yahoo.com atau gtalk zura0310@gmail.com)

anda mencari set kehamilan,lansing @ anda ada masalah kesihatan seperti kencing manis,darah tinggi ,resdung,asma,gout,buasir,masalah dalaman wanita,atau masalah dalaman lelaki,migrain @ masalah2 kesihatan lain boleh hubungi saya untuk mengetahui produk2 yg sesuai diamalkan bagi membantu menyelesaikan masalah anda.