siri kesihatan dan rawatan - ghout

Posted by Zuraida Saturday, January 10, 2009, under | 0 comments
SEMAKIN besar saiz badan kita, semakin tinggi risiko
untuk mengalami masalah kehausan dan kerosakan sendi
kaki, terutama di lutut, yang akhirnya boleh
menyukarkan kita berjalan.

Sebenarnya, sakit sendi bukan perkara normal, terutama
di kalangan orang tua.

Malangnya dalam tinjauan serantau ke atas 600 orang
pada 2005 mendapati, hampir 70 peratus responden
berpendapat sakit sendi tidak dapat dielakkan dan
percaya ia sebahagian daripada proses penuaan.

Pendapat ini kurang tepat. Memang sebagaimana anggota
badan lain, sendi mengalami masalah kehausan dengan
peningkatan usia, tetapi perkara ini dapat dilengahkan
melalui pemakanan dan gaya hidup.

Penyelidik Universiti Cardiff yang diketuai Profesor
Bruce Caterson mendapati, pengambilan sumber makanan
kaya asid lemak Omega-3 seperti minyak hati ikan kod
dapat mengurangkan bengkak dan melambatkan kemusnahan
rawan dalam sendi ? yang disahkan boleh membantu
meredakan gejala sakit sendi atau artritis.

Dalam soal penjagaan kesihatan, tiada had umur yang
menjadi batasan. Tidak kira berapa umur kita, tiada
istilah terlambat untuk mula menyayangi diri dengan
menitikberatkan soal kesihatan.

Artritis ialah keadaan sendi yang bengkak, kejang dan
sakit. Sendi juga mungkin berasa panas dan menjadi
merah. Ia boleh berlaku sekali sekala atau
berpanjangan (bagi kes serius).

Masalah sakit sendi atau artritis sebenarnya semakin
meningkat. Soal selidik pada Ogos tahun lalu
menunjukkan, 23 peratus masyarakat negara ini
menghidap sakit sendi dalam 12 bulan lalu dan 35
peratus daripada mereka mengakui kesakitan itu memberi
kesan negatif terhadap gaya hidup.

Presiden Yayasan Artritis Malaysia (AFM) yang juga
perunding reumatologi, Dr Chow Sook Khuan, berkata
masih ramai menganggap sakit sendi sebagai perkara
biasa dan masalah ringan.

Masalah ini bukan melanda masyarakat kita saja,
laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1998
mengatakan, hampir 355 juta orang di seluruh dunia
turut mengalami gejala sakit sendi dan jumlah ini
dipercayai melebihi 400 juta sekarang.

?Sakit sendi tidak boleh dianggap perkara ringan
kerana jika tidak dirawat ia menyebabkan sendi
mengalami kekejangan. Jika keadaan ini dibiarkan
berterusan, ia boleh mengakibatkan sendi bengkok dan
mengubah struktur asal anggota badan kita.

?Ia juga secara tidak langsung menyebabkan anggota
berkenaan ?lumpuh? kerana sendi berubah bentuk dan
kerosakan ini adalah kekal,? katanya pada pelancaran
kempen Sayangi Sendi Anda anjuran bersama AFM dan
Merck Consumer Health Care yang turut dihadiri
Pengurus Besarnya, Siti Nooruhani Ibrahim.

Bagi meningkatkan kesederan kepentingan penjagaan
sendi, tiga personaliti sukan ? Anthoney Maloney
(pengajar golf), Kathryn Kok (pengajar pusat
kesihatan) dan pemain bowling kebangsaan, Zulmazran
Zulkifli ? dilantik sebagai duta yang akan berkongsi
pengalaman mengenai kecederaan sendi dialami individu
aktif sukan.

Dr Chow berkata, jumlah orang yang menderita sakit
sendi di negara ini lebih tinggi daripada dijangkakan
dan kajian Program Mengawal Penyakit Reumatik Komuniti
(Copcord) pada 1995 menunjukkan, ramai responden
dewasa mengadu mengalami sakit sendi seperti sakit
belakang dan lutut.

Berdasarkan kajian di Pusat Perubatan Universiti
Malaya (1999), 10 peratus pesakit yang datang ke
klinik mengalami masalah sakit sendi dan lebih
membimbangkan ialah 45 peratus membabitkan pekerja
kolar biru berumur muda.

Malah, soal selidik dijalankan Merck Comsumer Health
Care tahun lalu mendapati, hampir 25 peratus rakyat
negara ini mengalami sakit sendi.

Artritis boleh dibahagikan kepada tiga iaitu
osteoartritis (OA), gout dan reumatoid artritis (RA).
Di antara ketiga-tiga ini, OA yang berpunca daripada
masalah kartilaj adalah sakit sendi paling biasa.

Antara faktor risiko OA ialah peningkatan umur dan
pertambahan berat badan. Malah, OA juga berkait rapat
dengan masalah obesiti. Individu obes mempunyai risiko
lebih tinggi dan cepat untuk mengalami masalah sakit
sendi kerana kartilaj diberikan bebanan berlebihan
sepanjang masa.

Malah kebanyakan kes rawatan penggantian sendi juga
disebabkan oleh OA. Bagaimanapun, OA juga boleh
berlaku pada sendi tangan dan tulang belakang.

Jenis kedua ialah gout. Serangan gout pula biasanya
bersifat bermusim. Ia berpunca daripada pengumpulan
kristal asid urik pada sendi yang menyebabkan
kesakitan. Masalah gout juga tidak harus dibiarkan
tanpa rawatan kerana lama kelamaan ia boleh ?memakan?
tulang.

Pengambilan alkohol berlebihan akan meningkatkan
risiko mendapat gout. Individu yang menghidap gout
dinasihatkan sentiasa mengawal berat badan (khususnya
bagi orang obes) kerana berat badan berlebihan hanya
memburukkan keadaan.

Jenis ketiga ialah reumatoid artritis. Tidak seperti
OA dan gout, RA ialah penyakit autoimun yang berlaku
pada sinovium. Ia menyebabkan sel pada sendi bertambah
dengan cepat dan menyebabkan bengkak. Tanpa rawatan,
sel tidak normal ini mengubah bentuk dan memusnahkan
sendi. Ini menyebabkan pesakit langsung tidak boleh
berjalan.

Jika anda mengalami masalah sakit sendi, usah terlalu
risau kerana ia boleh dirawat. Namun langkah paling
baik ialah pencegahan melalui:

a. Pencegahan primer

Mengurangkan berat badan (paling penting), terutama
bagi individu yang ada sejarah gout dalam keluarga.

Elak kerosakan struktur sendi (biasanya berlaku
kecederaan ketika bersukan).

Kurangkan pengambilan alkohol.

Lakukan senaman untuk menguatkan sendi.

b. Pencegahan sekunder

Segera jalani pemeriksaan sebaik mengalami masalah
sakit sendi.

Dapatkan rawatan yang betul secepat mungkin bagi
mengelakkan untuk cegah kerosakan sendi.

Soalnya, bila perlu jumpa doktor? Kata Dr Chow,
pesakit perlu menjalani pemeriksaan apabila kesakitan
sendi menjadi semakin kerap (setiap hari) dan
berlanjutan melebihi 30 minit. Pada masa sama sendi
juga menjadi merah, panas, bengkak dan kejang.

Jangan tunggu hingga saat akhir untuk berjumpa doktor.
Segera dapatkan rawatan sebelum artritis memusnahkan
sendi dan menjejaskan hidup kita.

One Response to "siri kesihatan dan rawatan - ghout"

Create your own banner at mybannermaker.com!

JOM CONTACT SAYA (email/ym : zura0310@yahoo.com atau gtalk zura0310@gmail.com)

anda mencari set kehamilan,lansing @ anda ada masalah kesihatan seperti kencing manis,darah tinggi ,resdung,asma,gout,buasir,masalah dalaman wanita,atau masalah dalaman lelaki,migrain @ masalah2 kesihatan lain boleh hubungi saya untuk mengetahui produk2 yg sesuai diamalkan bagi membantu menyelesaikan masalah anda.