Semua jenis makanan mempunyai potensi untuk menyebabkan alahan tetapi kebanyakan kes alahan hanya membabitkan beberapa bahan sahaja. Biasanya, seseorang yang mengalami alahan hanya akan bertindakbalas terhadap makanan tertentu sahaja.
Secara amnya, makanan juga boleh menjadi faktor sumbangan terbesar serangan penyakit asma walaupun ia bukanlah penyebab utama serangan asma ini.
Faktor-faktor lain seperti keturunan, komplikasi, persekitaran, dan bahan toksik dan udara juga memungkinkan seseorang itu menghidap penyakit asma.
Keturunan
Ia merupakan penyakit genetik di mana saluran pernafasan penghidap menjadi sensitif dengan alahan tertentu termasuklah habuk, debunga, bulu haiwan peliharaan, asap rokok, bahan-bahan kimia seperti cat, gam dan sebagainya. Dianggarkan sebanyak 80 peratus penghidap asma mengalami masalah sinusitis (resdung) dan alahan pada makanan. Mereka juga mudah terkena penyakit kulit.
Komplikasi
Asma yang tidak dirawat boleh mengakibatkan paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berkembang dengan baik. Jika ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan paru-paru anda kehilangan fungsinya.
Persekitaran
Alahan pada habuk, serangga mati, bulu serta bakteria turut menjadi penyebab masalah asma. Alahan pada binatang peliharaan seperti kucing, anjing dan arnab juga menjadi punca asma. Alahan terjadi dari sejenis protein yang dikeluarkan bersama air liur. Jilatan binatang ini menyebabkan air liur dan protein berkenaan melekat pada bulu. Bulu dan daki dari kuping kulit kering ini seterusnya jadi ringan dan berterbangan di udara ketika binatang ini menggaru atau menggoyang-goyangkan badan terutama pada anjing dan kucing.
Bahan toksik dan udara
Bahan-bahan toksik lain seperti asap rokok, pewangi, cat, bahan kimia rumah seperti pencuci lantai dan ubat nyamuk lingkar juga mendorong serangan asma. Tidak kurang juga keadaan sejuk seperti pendingin hawa, kipas angin, udara sejuk di pergunungan, debunga dan perubahan cuaca yang mendadak.
Perkongsian Info : Kaitan Penyakit Asma Dengan Alahan Pemakanan
Posted by Zuraida
Sunday, January 11, 2009, under
asma
|
0
comments
One Response to "Perkongsian Info : Kaitan Penyakit Asma Dengan Alahan Pemakanan"