KURANG ENZIM G6PD( BERKONGSI PENGETAHUAN DAN INFORMASI)

Posted by Zuraida Friday, January 9, 2009, under | 0 comments
copy paste dari mydcl...
sEdAkaR rENUNgaN....

Kekurangan glukos-6-fosfatase dehidrogenase atau G6PD? Penyakit apa itu? Tidak pernah dengar pun! Ini adalah komen yang sering diterima daripada ibu bapa setiap kali doktor atau pakar kanak2 menyebut perkataan kompleks itu.

G6PD ialah enzim dalam sel darah merah. Kekurangannya menyebabkan sel darah merah cepat pecah dan keadaan ini dipanggil anemia hemolitik (kiraan sel darah merah yang rendah dan tidak normal)

Masalah kekurangan enzim G6PD lebih lazim pada sesetengah bangsa dan insiden paling tinggi dilaporkan di negara tropika Afrika, Timur Tengah, Asia (Tropika dan subtropika) dan sesetengah tempat di Mediterranean.

Ia adalah masalah keturunan yang diwariskan melalui bahan baka seks atau kromosom X. Untuk pengetahuan semua, perempuan mempunyai kromosom XX dan lelaki pula XY. Oleh kerana masalah ini diwariskan melalui kromosom X, lebih ramai lelaki mengalami kekurangan G6PD berbanding perempuan kerana lelaki hanya ada satu kromosom X.

Bagaimanapun, wanita pembawa G6PD juga boleh mengalami serangan kemusnahan sel darah merah(hemolisis) . Kemusnahan sel darah merah boleh berlaku apabila individu G6PD terdedah kepada sesetengah jenis ubat, mengalami tekanan atau jangkitan.

Di seluruh dunia,kekurangan G6PD dialami kira2 400 juta orang.Seperti diterangkan, ia adalah masalah keturunan. Jadi ia kekal sepanjang hayat dan tidak boleh berjangkit melalui sentuhan.Justeru itu anda tidak perlu berasa takut atau bimbang untuk membenarkan anak anda berkawan dgn kanak2 G6PD.

Kebanyakan kes G6PD tiada gejala klinikal. Namun bagi sesetengah pesakit, terutama bayi baru lahir (kurang daripada empat minggu), mereka boleh mengalami jaundis neonatal dan anemia hemolitik akut (kemusnahan sel darah merah berlaku secara tiba2).

jaundis neonatal biasanya berlaku pd bayi berusia antara satu hingga empat hari,pada masa sama atau awal sedikit berbanding jaundis atau demam kuning fisiologi. Manakala anemia hemolotik akut pula biasanya diakibatkan faktor tekanan,terdedah kepada ubat oksidatif,bahan kimia.jangkitan atau memakan kacang buncis.

Gejala umum yg biasa dilaporkan ialah air kencing berwarna gelap,limpa bengkak,letih, pucat,degupan jantung menjadi cepat,tercungap- cungap dan kulit berwarna kuninh (jaundis).

Pesakit yg mengalami jaundis neonatal biasanya memerlukan pemindahan darah. Dalam keadaan teruk, pesakit mungkin mengalami masalah batu hempedu dan limpa bengkak.
Antara ubat yg boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah ialah;
a) ubat anti malaria
b) Aspirin
c) Ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs)
d) Kuinin
e) Sesetengah jenis antibiotik

Ujian Makmal
Biasanya ujian dilakukan utk menentukan aktiviti enzim G6PD dan bukan jumlah protien G-6-PD. Ujian ini dijalankan ketika sel darah merah mengalami kemusnahan atau penambahan sel darah merah yang tidak matang (retikulositosis) boleh menjejaskan keputusan sebenar. Kiraan sel darah merah yang tidak matang (retikulosit) bertujuan menentukan tahap anemia dan fungsi sumsum tulang.

Pencegahan dan rawatan
Ibu bapa yg mempunyai anak dgn masalah G6PD atau individu G6PD perlu sentiasa berhati-hati sebelum mengambil sebarang ubat. Periksa lebih dulu kandungan ubat bagi mengelak masalah tidak diingini.
Secara umumnya pesakit tidak memerlukan rawatan,kecuali dalam kes tertentu. Bayi yang mengalami jaundis neonatal berpanjangan akan diletakkan bi bawah cahaya bili untuk mengurangkan kekuningan.
Pemindahan darah juga mungkin perlu dilakukan bagi kes jaundis neonatal yang serius atau kemusnahan sel darah merah akibat memakan kacang buncis.
Sentiasa periksa dan baca label ubat yg anda beli tanpa preskripsi doktor. Jika ragu, bawa ubat berkenaan apabila anda berjumpa doktor utk mengesahkan sama ada ia selamat dimakan atau sebaliknya.

Peringatan Penting.
G6PD adalah masalah kesihatan yang diwarisi dan tidak boleh berjangkit atau merebak kepada orang lain. Jadi tiada halangan untuk anak anda berkawan dan bermain dgn kanak2 G6PD.

Kebanyakan orang yg mengalami kekurangan G6PD boleh menjalani kehidupan normal seperti org lainselagi mereka mengelak mengambil sesetengah ubat dan makanan.

Penentuan tahap enzim G6PD boleh dilakukan di kebanyakan klinik swasta dan semua hospital kerajaan. Keputusannya akan ditulis sebagai: G6PD - Normal atau Kekurangan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya suka quote posting ini & kaitkan dengan ilmu rawatan produk DCL --

"""Kebanyakan kes G6PD tiada gejala klinikal. Namun bagi sesetengah pesakit, terutama bayi baru lahir (kurang daripada empat minggu), mereka boleh mengalami
jaundis neonatal dan anemia hemolitik akut (kemusnahan sel darah merah berlaku secara tiba2).
jaundis neonatal biasanya berlaku pd bayi berusia antara satu hingga empat hari,pada masa sama atau awal sedikit berbanding jaundis atau demam kuning fisiologi. Manakala anemia hemolotik akut p ula biasanya diakibatkan faktor tekanan,terdedah kepada ubat oksidatif,bahan kimia.jangkitan atau memakan kacang buncis.


Gejala umum yg biasa dilaporkan ialah air kencing berwarna gelap,limpa bengkak,letih, pucat,degupan jantung menjadi cepat,tercungap- cungap dan kulit berwarna kuninh (jaundis).

Pesakit yg mengalami jaundis neonatal biasanya memerlukan pemindahan darah. Dalam keadaan teruk, pesakit mungkin mengalami masalah batu hempedu dan limpa bengkak."""
------------------------------------------------------------------------------------------

*Maka tidak hairanlah sekiranya ibu2 mengandung di galakkan mengambil set semasa hamil.

Haa...xtau set semasa hamil ??
Ni haaa...ingat2 : Madu Amazing & DBrain/Ebrain

Bagus nya sebab sorang jer makan -- si ibu, tapi anak dalam kandungan turut menerima khasiat untuk dirinya.


Kalau ibu mengandung amik amazing & dbrain/ebrain untuk
mengatasi morning/afternoon/evening/night sickness & membekalkan tenaga (off course ler korg yg ngandung penat berganda2 esp. yg alahan teruk), menguatkan antibody dan menstabilkan darah supaya tak detect kencing manis dan darah tinggi semasa buat pemeriksaan----tempias nya pergi/dapat ke anak...

Insya allah, risiko anak untuk dapat jaundis kurang. Pengalaman illaikhram (citer pengalaman org jerk dulu laa yer part ni) dalam mengamalkan both of this product masa kandungan 5-6 bulan gitu, memang kuning tu ada...tp light jerk..xkene warded pun..& boleh balik terus. Kulit baby pun lebih cantik & bersih.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
set semasa hamil

set semasa hamil = amazing + dbrain/ebrain

cara pengambilan amazing sekali sehari. setiap pagi atau malam. 1 sudu makan sudah memadai. bila demam kena amik lebih.

dbrain/ebrain 2 biji di kemam 2 kali sehari.

3 botol amazing dan sebotol ebrain boleh tahan sebulan.

One Response to "KURANG ENZIM G6PD( BERKONGSI PENGETAHUAN DAN INFORMASI)"

Create your own banner at mybannermaker.com!

JOM CONTACT SAYA (email/ym : zura0310@yahoo.com atau gtalk zura0310@gmail.com)

anda mencari set kehamilan,lansing @ anda ada masalah kesihatan seperti kencing manis,darah tinggi ,resdung,asma,gout,buasir,masalah dalaman wanita,atau masalah dalaman lelaki,migrain @ masalah2 kesihatan lain boleh hubungi saya untuk mengetahui produk2 yg sesuai diamalkan bagi membantu menyelesaikan masalah anda.