Latest News
Showing posts with label Sayuran. Show all posts
Showing posts with label Sayuran. Show all posts

SiHAT : Langsing dengan makanan berwarna

Posted by Zuraida Monday, January 3, 2011, under | 0 comments
sumber drp http://laman-seri.blogspot.com/


Tahukah anda
, pengambilan buah dan sayur pelbagai warna dalam diet amat baik untuk kesihatan? Bagi yang sedang giat menjalankan program pengendalian berat badan, tidak kira sama ada program bersama pusat-pusat pelangsingan mahupun mengendalikannya sendiri, pengambilan makanan amat penting dalam menentukan keberhasilan program pelangsingan. Ini termasuk dalam pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kita wajar bersyukur kerana negara kita cukup kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu variasi.

Pelbagai warna boleh didapati, sedar ataupun tidak, warna-warna makanan melambangkan kandungan nutrisi tertentu di dalamnya. Lebih menarik lagi, pengambilan pelbagai makanan berwarna (yang semulajadilah, ya!) sebegini dikatakan dapat melangsingkan badan. Menurut David Heber dalam buku What Color Is Your Diet? , semakin pekat atau ketara warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan, semakin tinggi kandungan nutrisi yang terdapat di dalamnya.

Menurut Eric Breverman dalam bukunya, The Younger (Thinnner) You Diet pula, kunci menurunkan berat badan sekaligus mempertahankannya adalah dengan menggantikan sel-sel otak yang hilang, menyeimbangkan zat kimia otak dan menciptakan kembali otak yang lebih muda dan aktif. Setiap kali sel-sel otak anda tumbuh, anda bukan sahaja bertambah pintar tetapi juga boleh mempercepatkan metabolisme. Ia juga bertujuan untuk mencerdaskan otak serta menguruskan badan, seiring dengan pertambahan usia.

Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan berwarna yang boleh anda jadikan panduan dalam menyusun pola pemakanan dengan lebih baik dan membantu kita menambahkan sel-sel otak.





Merah terang


Makanan seperti tomato dan tembikai merupakan antara jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai warna ini. Warna ini menandakan makanan ini mengandungi likopen, iaitu zat yang berperanan untuk memelihara kesihatan sel serta mampu mengurangkan risiko kanser.

Sebagai contoh, tomato mengandungi likopen dan vitamin C sebagai antioksidan dapat meminimumkan risiko kanser (terutama kanser pankreas) serta mencegah radang usus. Selain itu, tomato juga mencegah penyakit jantung dan memelihara tekanan darah. Bukan itu saja, vitamin lain seperti vitamin A dan C juga mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga gusi dan meningkatkan imunisasi tubuh.



Red Ruby atau merah gelap

Buah sitrus seperti grapefruit merah dengan isi buah berwarna merah ini mengandungi antioksida yang berfungsi mempertahankan kesihatan, memperbaiki fungsi memori, melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, pigmen merah dalam buah ini mengurangi risiko kanser dengan cara mencegah kerosakan jaringan. Buah ini juga dikatakan boleh memperbaiki fungsi saluran kencing.

Antara buah lain yang berwarna merah dan boleh membantu adalah buah cranberries, raspberries, ceri, kacang merah dan buah delima.



Oren (jingga) terang

Lobak merah dan mangga antara makanan di dalam kelompok ini. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna oren menandakan kaya dengan kandungan alfa dan beta karotenoid di dalamnya yang mengandungi komponen anti kanser dan antioksida. Makanan ini juga boleh membantu memperbaiki daya penglihatan dan kesihatan jantung. Cuba ambil paling tidak dua hingga tiga biji makanan berwarna oren setiap hari dan jauhi produk jus buah-buahan yang kaya kalori.



Kuning terang

Makanan yang berwarna kuning diketahui mengandungi vitamin C yang baik untuk melindungi sel tubuh. Limau dan betik mengandungi banyak vitamin C dan mengandungi beta cryptoxanthin, iaitu salah satu komponen karotenoid. Dengan kandungan vitamin C dan karoteniod di dalam buah betik dapat mempertahankan tekanan darah anda dalam keadaan yang normal.

Sayuran dan buah yang berwarna kuning banyak mengandungi fitokimia karotenoid dan lavonoid (vitamin dan mineral dalam makanan yang berfungsi mengurangi peradangan) yang mempunyai komponen anti kanser dan antioksida. Terdapat sejenis enzim yang membantu menambah kepantasan reaksi di dalam tubuh. Betik juga membantu mencerna daging dan tepung sehingga melancarkan pencernaan, serta membantu memelihara daya tahan tubuh.

Makanan berwarna kuning ini juga boleh memperbaiki penglihatan dan memelihara kesihatan jantung. Cuba ambil tiga sajian makanan begini setiap hari.



Hijau gelap

Warna hijau pada sayuran menandakan kandungan sulforaphane, isothiocyanate dan indoles yang menurut Heber, ia dapat merangsang hati untuk membuat komponen yang dapat memecah unsur kimia penyebab kanser. Klorofil yang terkandung di dalam tanaman hijau mempunyai komponen anti kanser dan komponen yang berfungsi untuk proses detoksifikasi tubuh. Buah dan sayuran hijau kaya dengan zat lutein, yang kaya dengan antioksidan di dalamnya. Selain itu, sayuran hijau kaya karotenoid, vitamin serta mineral yang berfungsi peradangan secara semulajadi.

Sayuran seperti brokoli dapat meningkatkan imunisasi serta pembentukan sel dalam tubuh melalui kandungan asid foliknya yang sememangnya bermanafaat melawan kanser terutamanya kanser payudara. Brokoli juga kaya dengan chromium yang boleh membantu mengatur insulin dan gula darah dalam tubuh selain mencegah menyakit jantung.

Selain itu, banyak makanan hijau yang mengandungi kalsium yang membantu membangun tulang dan gigi yang kuat, mencegah osteoporosis serta mampu memperbaiki penglihatan. Ambil sekurang-kurangnya satu sajian sayuran seperti brokoli, kobis, sawi, bayam, kobis brussel dan sebagainya setiap hari.



Putih kehijauan

Makanan berwarna putih banyak mengandungi flavonoid yang dapat melindungi membran sel. Contoh makanan berwarna ini adalah seperti bawang putih, bawang bombai, seleri dan buah pir.

Kandungan alicin dan selenium di dalam bawang putih dipercayai dapat membunuh parasit, bakteria dan virus. Mengambil bawang putih secara teratur dapat menghalang arteri daripada tersumbat, meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta mengawal tekanan darah. Selain itu, ia dapat menurunkan kadar kolesterol serta mengandungi zat anti kanser serta dapat membantu menyembuhkan radang otak, sakit pada sendi serta menambah tenaga.



Biru gelap

Makanan dengan warna ini mengandungi anthocyanin dan fenolat, iaitu dua jenis fitokimia kuat yang dikatakan bermanafaat sebagai anti penuaan. Buah dan sayuran berwarna biru glep kaya antioksida. Makanan berwarna biru boleh melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, makanan ini juga mengurangi risiko kanser dengan mencegah kerosakan jaringan. Makanan ini juga boleh memperbaiki fungsi memori dan kesihatan saluran kencing. Buah seperti beri biru dan anggur adalah antara contoh makanan dalam kategori ini.



Ungu gelap

Makanan yang berwarna nila dan ungu mengandungi antioksida. Makanan berwarna biru gelap dan nila mengurangi stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan. Selain itu, makanan ini juga kaya resveratrol yang diyakini dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser. Makanan seperti terung ungu dan buah plum amat disarankan oleh Braverman.

Rahsia Taugeh

Posted by Zuraida Thursday, November 12, 2009, under | 0 comments

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.
Tauge dilihat sebagai hidangan yang
langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup
berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.


Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.


Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat
meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.


Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.


Saponi dalam tauge,
menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan
tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang
utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Create your own banner at mybannermaker.com!

JOM CONTACT SAYA (email/ym : zura0310@yahoo.com atau gtalk zura0310@gmail.com)

anda mencari set kehamilan,lansing @ anda ada masalah kesihatan seperti kencing manis,darah tinggi ,resdung,asma,gout,buasir,masalah dalaman wanita,atau masalah dalaman lelaki,migrain @ masalah2 kesihatan lain boleh hubungi saya untuk mengetahui produk2 yg sesuai diamalkan bagi membantu menyelesaikan masalah anda.