
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah, hari ini Laman-Seri berkesempatan untuk berkongsi info tentang tumbuhan yang tidak asing bagi masyarakat kita iaitu daun kari. Pokok kari adalah tumbuhan tropika hingga sub-tropika, yang berasal India. Tumbuhan renek ini yang adalah daripada spesies murraya koeniggi dalam keluarga rutaceae yang mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga putih. Tumbuhan ini agak lasak walaupun...