Latest News

Antioksidan dalam labu kurangkan risiko penyakit

Posted by Zuraida Saturday, March 20, 2010, under | 0 comments

Antioksidan dalam labu kurangkan risiko penyakit


Labu

Labu memang sedap untuk dimakan. Tidak kiralah sama ada dijadikan sebagai sayur mahupun bahan untuk membuat kuih-muih. Malah menurut sejarah, asal kegunaan labu adalah sewaktu penjajah di Amerika memotong bahagian atas buah labu, membuang bijinya dan kemudiannya mengisi buah itu dengan susu, rempah dan madu. Buah ini kemudiannya dijadikan pai dan dibakar di atas abu panas.

Morfologi

Dikenali dengan nama pumpkin dalam bahasa Inggeris, labu dikatakan berasal dari Amerika Tengah dan sebahagian daripada keluarga tanaman yang dikenali dengan nama Cucurbitaceae. Adalah tidak sesukar mana untuk mengenali buah labu. Ada lima species buah labu yang dikenali umum iaitu :

  1. Cucurbita maxima Duchenes
  2. Cucurbita ficifolia Bouche
  3. Cucurbita mixta
  4. Cucurbita moschata Duchenes dan
  5. Cucurbita pipo L.

Kelima-lima spesies dikenali sebagai labu kuning kerana mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Buah labu berbentuk bulat pipih, lonjong atau panjang dengan banyak alur, antara 15-30 alur. Labu termasuk dalam kategori buah dan mengandungi kira-kira 90% air. Buahnya besar dan warnanya variasi. Buah muda berwarna hijau manakala buah matang berwarna kuning atau jingga. Warna kuning dan jingga isi buah labu menunjukkan buahnya mengandungi antioksidan yang tinggi. Isi buah labu agak tebal iaitu kira-kira tiga sentimeter dan rasanya agak manis. Kulit buah labu sangat tebal dan keras.


Labu labu labu ~ yang mana satu Labu si Luncai?


Kaya pelbagai khasiat


Terdapat pelbagai khasiat di dalam sebiji labu. Antaranya adalah beta karotena yang bertindak sebagai agen antioksidan yang dikatakan telah menunjukkan khasiatnya bagi memperbaiki fungsi imun dan mampu mengurangkan risiko penyakit seperti kanser dan penyakit jantung. Buah labu dikatakan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang tinggi, termasuklah beta karotena, kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, kalium, natrium, zink, selenium, niasin, folat, karbohidrat dan vitamin A, B1, C dan E. Dikatakan satu cawan labu mengandungi kira-kira 50 kalori dan 3 gram serat. Nutrisi yang terkandung menjadikan labu kuning berkhasiat meningkatkan lagi kekebalan tubuh. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.

Beta karotena bertindak sebagai barisan pertahanan pertama di dalam badan bagi meneutralkan serangan radikal bebas terhadap sel dan sebagai antioksidan yang penting dalam memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel badan yang telah rosak secara perlahan-lahan. Selain kandungan beta karotena mampu berfungsi untuk mencegah serangan jantung, kandungan vitamin B1, C dan serat dalam labu pula berperanan sebagai pencegah penyakit jantung dan strok. Labu juga berupaya mengubati penyakit ringan seperti demam, migrain, cirit-birit, penyakit ginjal, gout serta membantu menyembuhkan radang.

Banyak kegunaan labu sama ada untuk tujuan makanan mahupun ubatan. Pokok labu itu sendiri juga banyak kegunaannya. Daun pokok labu dikatakan mampu berfungsi sebagai sayur dan bijinya bermanafaat untuk dijadikan kuaci. Air jus buah labu pula dikatakan berguna sebagai penawar racun binatang berbisa, sementara bijinya pula boleh dijadikan ubat membunuh cacing pita dalam perut.

Pokok labu hidup menjalar

Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.

Orang India Amerika dikatakan telah menggunakan kulit labu kering untuk dijadikan tikar manakala biji labu dijadikan makanan dan ubat. Malah pada suatu ketika dikatakan bahawa dengan memakan labu, mampu membuang jeragat dan menyembuhkan gigitan ular.


Bunga labu closed up

Baik untuk organ peranakan manusia

Buah labu juga dikatakan amat digemari oleh masyarakat Melayu. Ada pendapat yang mengatakan labu elok dimasak kerana ia mengandungi zat yang berguna untuk kesihatan. Kandungan galian besi dan magnesium yang terdapat dalam biji buah labu dikatakan sangat penting untuk kesihatan organ peranakan wanita selain kelenjar prostat lelaki. Hipertrofi prostat adalah salah satu penyakit yang digeruni kaum lelaki kerana kerosakan terhadap kelenjar menyebabkan kemandulan.

Kajian pelbagai pihak turut mendapati biji buah labu berupaya mengatasi masalah penyakit yang melibatkan pembesaran kelenjar prostat serta mampu mengembalikan daya seksual wanita. Di Eropah dan Amerika, biji labu merah sangat popular sebagai ubat pencegah gangguan prostat.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kegunaan labu, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan kelak.

Pokok jarak boleh jadi ubat

Posted by Zuraida , under | 0 comments

Pokok jarak boleh jadi ubat


Daun pokok jarak

Pokok jarak atau lebih dikenali dengan nama pokok jarak pagar kerana sering kali dijadikan pokok penghias pagar memang banyak terdapat sama ada di kawasan tanah tinggi atau rendah. Pokok yang tergolong dalam keluarga Euphorbiaceae ini mempunyai pelbagai nama daerah seperti jarak putih dan jarak belanda. Nama lain tumbuhan ini adalah Barbados nut, Big-purge nut tree, Curcas bean, Kukui haole, Physic nut, Purge nut, Ratan jyot dan Purgeboontjie.

Jarak atau nama botaninya Jatropha curcas berasal dari benua Afrika. Sekarang pokok jarak banyak terdapat di kawasan tropika. Jarak mempunyai kepentingan tidak sahaja dari segi kesihatan, malah dari segi ekonomi. Pokok jarak amat penting dari segi kegunaan dalam perubatan tradisional. Dikatakan semua bahagian pokok jarak boleh dibuat ubat. Namun begitu, anda perlu berhati-hati dengan tumbuhan ini kerana keseluruhan pokok terutama buahnya adalah beracun dan hanya boleh digunakan dalam pemakaian LUARAN sahaja. Kini, dengan teknologi terbaru, siapa sangka pokok jarak mampu bahan komersil, iaitu alternatif kepada minyak petrol untuk kegunaan automobil.
Keratan akhbar Utusan 06/12/2007 - info tentang pokok jarak

Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga lima hingga tujuh meter. Ia mempunyai batang yang tebal dan mempunyai susu getah. Batang jarak pagar boleh dilihat sebagai berkayu dan bertangkai bulat.

Bahagian aktif yang terdapat di dalam pokok jarak adalah curcin (sejenis toxalbumin). Antara bahan lain yang terdapat dalam pokok ini adalah asid gliserid (hampir menyerupai asid ricinoleik dan krotonoleik) , hidroksiforbol ester (sejenis minyak puratif dan perengsa), hell oil, pinheon oil, asid hidrosianik, amyrin, sitosterol, glukose, fructose, galactose, asid oleic, linoliek dan lain-lain lagi.

Daun jarak pagar adalah lebar dengan sisi berlekuk-lekuk dan berwarna hijau tua. Tumbuhan ini juga mempunyai buah berbentuk bulat atau bujur telur dan berwarna hijau pekat yang akan bertukar kuning apabila matang. Permukaan kulit buah tersebut adalah licin atau gondol. Pada satu tangkai akan terdapat tiga hingga lima biji buah. Ini dipercayai batangnya beracun kerana mengandungi alkolaid dan bahan-bahan lain.


Pokok jarak dan buahnya - closed up

Getah pokok jarak pagar yang berwarna kekuningan digunakan sebagai ubat kepada telapak kaki yang terkena kutu air dan pacak. Caranya adalah dengan menitiskan pada celah-celah kaki yang terlibat. Selain itu dikatakan getahnya daripada batang pokok jarak pagar juga boleh menghilangkan kesakitan buat kanak-kanak yang baru lepas berkhatan. Getah pokok jarak ini juga dikatakan boleh mengurangkan pembengkakan barah atau bisul mulut dan boleh digunakan untuk mengubat sakit gigi dengan cara menampal pada bahagian gigi yg sakit. Kulit batang pokok jarak pula boleh disapu pada bekas gigitan ular dan salah urat terkehel.

Daun pokok jarak boleh digunakan sebagai penyubur rambut dan pelega luka. Caranya adalah degan menumbuk lima helai daun pokok jarak pagar yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. Kemudian sapukan ke kepala. Akar dan daun juga boleh digunakan sebagai ubat lumpuh saraf pada muka, tetanus, sawan, sakit sendi dan pelbagai penyakit kulit. Buah jarak pagar apabila dimasak pula akan mengeluarkan minyak yang berwarna kuning tetapi ia agak beracun. Dipercayai minyak hasil buah jarak pagar yang telah diproses apabila dicampurkan dengan belerang boleh mengubati luka-luka ringan.

Selain kegunaan besar pada getah, batang dan daun, mana-mana bahagian pokok juga boleh dijadikan barut bagi wanita lepas bersalin. Caranya adalah dengan menggiling bahagian pokok terutama daunnya, sehingga lumat. Pokok jarak juga berkesan sebagai penawar penyakit rhuematism. Cara rawatannya dengan menumbuk daunnya hingga halus dan dan dicampurkan dengan air panas, letakkan pada bahagian yang sakit dan balut. Perubatan moden juga ada menggunakan ekstrak dari biji jarak ini untuk mengubat penyakit seperti hernia, kanser, gonorrhea, lumpuh, siplis dan tetanus (kancing gigi), athritis dan boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit kelamin.



Biji pokok jarak

Orang Cina menggunakan biji jarak untuk mengubati uterus atau rektum yang terkeluar dengan menghancurkan dan digosokkan di kepala. Jika digosok pada tapak kaki, ia boleh merangsang plasenta keluar selepas bersalin. Sesetengah puak di Afrika menggunakan minyak yang dihasilkan daripada biji buah jarak dalam pembuatan sabun dan lilin.

Di Filipina pula, akar pokok jarak pagar digunakan sebagai racun ikan. Biji buah jarak yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa sawit boleh dijadikan sebagai racun tikus. Di Brazil, air rebusan daun jarak digunakan untuk mengecutkan buasir dengan berendam di dalam airnya.

Kesan Keracunan

Jika anda terkena susu getah daripada pokok jarak pagar boleh menyebabkan keradangan pada kulit atau dermatitis. Jika termakan buah pokok jarak pula, anda akan mengalami tanda-tanda keradangan pada sistem pemakanan seperti sakit perut dan kesan terbakar pada tekak dalam masa setengah jam. Ini akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti rasa loya, muntah dan cirit-birit yang mungkin mengandungi darah. Lain-lain tanda yang boleh terjadi ialah kekurangan air, kegagalan fungsi jantung akibat pendarahan di dalam perut dan kerencatan sistem saraf pusat.

Jika anda tertelan mahupun termakan buah atau getah pokok jarak pagar ini, apa yang boleh anda lakukan adalah minum air atau susu bagi tujuan melarutkan racun. Jika tidak berkesan, hendaklah segera mendapatkan rawatan.
Create your own banner at mybannermaker.com!

JOM CONTACT SAYA (email/ym : zura0310@yahoo.com atau gtalk zura0310@gmail.com)

anda mencari set kehamilan,lansing @ anda ada masalah kesihatan seperti kencing manis,darah tinggi ,resdung,asma,gout,buasir,masalah dalaman wanita,atau masalah dalaman lelaki,migrain @ masalah2 kesihatan lain boleh hubungi saya untuk mengetahui produk2 yg sesuai diamalkan bagi membantu menyelesaikan masalah anda.