Latest News

PENYAKIT ENDOMETRIOS (khas tuk para wanita)

Posted by Zuraida Sunday, October 18, 2009, under | 0 comments




Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang
makin ramai
wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan
oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang
mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah
seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.
Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari
selaput dalam rahim yang digelar
endometrium telah tumbuh di luar rahim.
Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah
dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta
kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar `darah kotor' atau darah haid.


`Chocolate cyst' – Endometriosis dalam ovary.
Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?
Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh
ialah
pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran
fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut
bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.
Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit
yang digelar Adenomyosis.


Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar
biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba
menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada
kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran
fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa
iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan
rahim begini
sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang
menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain
melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita
tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa
endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan
jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat
mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

http://conganat.uninet.edu/6CVHAP/conferencias/figure-3g-garcia.jpg


Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah
lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini
menyerang
balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu
endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan
endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam
pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan
mengeluarkan darah.


Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan
berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts
kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. .
Apakah tanda-tanda atau gangguan?


Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun
kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari
sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak
reda walaupun selepas
kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak
tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.
Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya
berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke
bahagian pinggang.


Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi
jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan
berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan
masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk
dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.


Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya
jika suaminya
menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air
besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku
dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di
kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang
penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk
mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia
tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.
Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul?
Sebenarnya ada beberapa penjelasan.
Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak
boleh keluar benih.

Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran
fallopian menyebabkan benih
lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.
Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang
mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.
Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang
biasanya mengawal kesuburan wanita. Tetapi dikalangan pengidap endometriosis
ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.
Keguguran

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal.
Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan
endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan
keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin.
Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur
berulang-kali.

Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah
berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian
pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar
waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang
berlaku perdarahan di luar waktu haid.
Pengesahan penyakit endometriosis.

Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit
endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian.
Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan
dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang
(retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa
kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat
penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.
Rawatan penyakit endometriosis


Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami
ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut,
mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan
ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal
pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.
Pembedahan untuk membuang endometriosis


Jika terdapat `chocolate cyst' ataupun keadaan rahim yang terbalik
(retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan
pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian
bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau
tiga inci untuk membuang
tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan
pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim
ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah
ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh
dengan cecair untuk
menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan
oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika
pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.
Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga
dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di
antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah
Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam
hingga sembilan bulan
dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol
yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan
tumbuhan endometriosis ini.

Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan
sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk
digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan
tersebut agak
mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita
yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila
memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian
seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga
merupakan satu kesan sampingan.

Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat
pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang
mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka
melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan
lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana
hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi.
Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan
jarang berulang lagi.
Bolehkah penyakit berulang?

Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya
dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan
ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang
amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas
pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas
dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.
Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah
penyakit endometriosis dari berulang.

Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan
alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan
sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran
dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.
Pembedahan buang rahim (hysterectomy)

Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi
mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ
seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi
dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan
masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan
mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak
terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga
mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan
pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini
biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi
dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga
melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.

Rumusan


Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara
yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita.
Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di
belakang rahim dan di kilang
telur. Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa
darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini
mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh
mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu
dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat
ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan
syirik ia
boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti
lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit
endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.
Create your own banner at mybannermaker.com!

JOM CONTACT SAYA (email/ym : zura0310@yahoo.com atau gtalk zura0310@gmail.com)

anda mencari set kehamilan,lansing @ anda ada masalah kesihatan seperti kencing manis,darah tinggi ,resdung,asma,gout,buasir,masalah dalaman wanita,atau masalah dalaman lelaki,migrain @ masalah2 kesihatan lain boleh hubungi saya untuk mengetahui produk2 yg sesuai diamalkan bagi membantu menyelesaikan masalah anda.